Wednesday, 29 January 2014

Aiskrim Magic @ Bukit Gambir Muar, Johor




Salam Sejahtera utk semua

Ais Krim Magic sekali lagi telah menunaikan janji utk menyelesaikan tugasan di Majlis Perkahwinan En. Faiz & Azurah yg bertempat di Batu 17 Kg. Seri Gelam, Bukit Gambir, Muar Johor pada 26/01/2014 (Ahad) yang berlangsung meriah.
Ais Krim Magic telah memulakan perjalanan seawal pagi demi memastikan tiba pada majlis berkenaan sebelum jamuan makan bermula. Melalui tol Senawang, Seremban dan keluar melalui tol Bukit Gambir yg baru dirasmikan pd 25/01/2014.

Pada awalnya sedikit tersasar utk ke rumah En. Faiz ygmana sepatutnya setelah sampai ke pekan Bukit Gambir kena belok ke kiri setelah CIMB utk ke Sengkang tetapi entah camne pulak boleh tak perasan signboard tu sampai terlajak ke Parit Raja dan terpaksalah pusing balik dalam 7-8 km atas arahan En. Faiz. Nasib baik lah tak jauh sangat terlajak tu. Al maklumlah seawal 5.30 pagi dah bangun, tidur pulak jam 4.00 pagi gara2 siapkan barang2 dan tampal acuan yg bocor demi memastikan kepuasan pelanggan/tetamu majlis En.Faiz dan keluarga. Lagipun hari Sabtu masih meneruskan perniagaan seperti biasa di pasar malam, itu yg lewat sikit tidur.

Majlis Perkahwinan En.Faiz & Azurah berlangsung sangat meriah dan teringat pula saya pd majlis yg pernah Ais Krim Magic hadiri sebelum ini iaitu di Jasin, Melaka dan beberapa majlis di Klang dan K.Pilah, N9. Lebih kurang camtu lah sbb nak memandang sekeliling pun tak berapa nak sempat, apalagi nak minum air yg barada di atas meja tu sebab nak kena fokus utk siapkan tempahan dan permintaan tetamu majlis. Apa yang penting bagi kami adalah kepuasan tetamu yg hadir pd majlis berkenaan dan sedikit sebanyak dapat menceriakan lagi majlis berkenaan. Dek kerana hari Ahad adalah hari orang bekerja dan bersekolah di Johor, sesi pagi Ais Krim Magic banyak diceriakan dgn permintaan golongan warga otai. Sangat mengujakan dgn sambutan otai-otai disana sehinggakan tak menang tangan kami dibuatnya. Apalagi dah masuk tengahari apabila budak2 dah balik sekolah berserta warga kerja yg hadir utk makan tengahari, sekali jalan 4 tong Ais Krim Magic ' CLEAR'. Haa Ambik kau...Itu yg tak sempat nak minum tu, nak buat isian semula sehinggalah majlis dah selesai baru lah berhenti. Ais batu pun 10 beg juga lah langsai.
Sampai ke hari ini 29/01/2014 Rabu masih terasa lagi penatnya sebab tak cuti lagi sebab ari Isnin, Selasa dan ari ni Rabu tetap meneruskan perniagaan di pasar malam pula. Walaupun penat kat rumah kenduri pun tak habis lagi, perjuangan hidup mesti diteruskan tambahan pula cuaca tgh cantik ni, bila lagi nak cari rezeki HALAL dan rasanya masih terdaya lagi.

Apa-apa pun TAHNIAH kpd Pengantin En. Faiz & Cik Azurah semoga berpanjangan jodohnya dan dimurahkan lagi rezeki kalian kerana sudi menjemput Man Ais Krim Magic ke majlis kalian sekeluarga. Semoga kalian berpuas hati dgn perkhidmatan yg kami berikan. Kehadiran kami diharapkan dapat menceriakan lagi majlis perkahwinan kalian berdua serta keluarga. Jutaan ampun & maaf kiranya ada yg tersalah dari pihak kami. Sampai jumpa lagi di lain waktu Assalamualaikum.



Stok air utk penyediaan Aiskrim 







Stok air utk penyediaan Aiskrim


4 Unit Tong Ais Krim Magic yg dibawa





Perjalanan dari Tol Senawang ke Plaza Tol Bukit Gambir yg baru dibuka pd 25/01/2014 sgt memudahkan perjalanan kami.


Perjalanan dari Tol Senawang ke Plaza Tol Bukit Gambir yg baru dibuka pd 25/01/2014 sgt memudahkan perjalanan kami.

Sambutan yg diterima kami amat menggalakkan dari pelbagai golongan masyarakat

Sambutan yg diterima kami amat menggalakkan dari pelbagai golongan masyarakat


Banner Pengantin menghiasi khemah jamuan
 


Anak muda yg turut sama merasai Ais Krim Magic


Penyambut tetamu tuan rumah setia menanti


Sambutan yg diterima kami amat menggalakkan dari pelbagai golongan masyarakat

 

Pembuatan Ais Krim Magic tanpa henti semenjak tiba di majlis berkenaan yg berlangsung sangat meriah.


Pembuatan Ais Krim Magic tanpa henti semenjak 


tiba di majlis berkenaan yg berlangsung sangat meriah.

Pengakhiran majlis


Monday, 20 January 2014

SALAM 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera
 

Kepada penggemar2/pelanggan/ygmana dah LIKE page kami diucapkan berbanyak terima kasih semoga kalian akan turut dirahmati dan dimurahkan rezeki sepanjang 2014 ini.
 

Sebagai pembuka tirai tahun 2014 ini kami sejujur dan seikhlasnya hanya dapat menghulurkan sedikit sumbangan berupa mini john utk pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) utk anak2 OKU dimana tempat anakku sering diberi latihan. Semoga dikalangan anda juga dapat mensyukuri nikmat yg anda kecapi hari ini, esok dan lusa. Dengan pembelian anda atau tempahan anda kpd kami sedikit sebanyak telah menggembirakan mereka dan dapat meneruskan aktiviti pemulihan yang dijalankan. Teruskan sokongan anda dan dapatkan Ais Krim Magic daripada kami.
 

Utk makluman, Ais Krim Magic akan berada di Bukit Gambir, Muar pada hujung minggu ini sekiranya tiada aral melintang utk memenuhi tempahan pelanggan yg bakal berkahwin. Inshaallah.

sumbangan seikhlas hati

sedia utk dihantar

anakku (azira natasya) yg kini 10 tahun

Pusat pemulihan anak2 OKU

pusat pemulihan anak2 OKU