Salam Sejahtera utk semua
Ais Krim Magic sekali lagi telah menunaikan janji utk
menyelesaikan tugasan di Majlis Perkahwinan En. Faiz & Azurah yg bertempat
di Batu 17 Kg. Seri Gelam, Bukit Gambir, Muar Johor pada 26/01/2014 (Ahad) yang
berlangsung meriah.
Ais Krim Magic telah memulakan perjalanan seawal pagi demi
memastikan tiba pada majlis berkenaan sebelum jamuan makan bermula. Melalui tol
Senawang, Seremban dan keluar melalui tol Bukit Gambir yg baru dirasmikan pd
25/01/2014.
Pada awalnya sedikit tersasar utk ke rumah En. Faiz ygmana
sepatutnya setelah sampai ke pekan Bukit Gambir kena belok ke kiri setelah CIMB
utk ke Sengkang tetapi entah camne pulak boleh tak perasan signboard tu sampai
terlajak ke Parit Raja dan terpaksalah pusing balik dalam 7-8 km atas arahan
En. Faiz. Nasib baik lah tak jauh sangat terlajak tu. Al maklumlah seawal 5.30
pagi dah bangun, tidur pulak jam 4.00 pagi gara2 siapkan barang2 dan tampal
acuan yg bocor demi memastikan kepuasan pelanggan/tetamu majlis En.Faiz dan
keluarga. Lagipun hari Sabtu masih meneruskan perniagaan seperti biasa di pasar
malam, itu yg lewat sikit tidur.
Majlis Perkahwinan En.Faiz & Azurah berlangsung sangat
meriah dan teringat pula saya pd majlis yg pernah Ais Krim Magic hadiri sebelum
ini iaitu di Jasin, Melaka dan beberapa majlis di Klang dan K.Pilah, N9. Lebih
kurang camtu lah sbb nak memandang sekeliling pun tak berapa nak sempat,
apalagi nak minum air yg barada di atas meja tu sebab nak kena fokus utk
siapkan tempahan dan permintaan tetamu majlis. Apa yang penting bagi kami
adalah kepuasan tetamu yg hadir pd majlis berkenaan dan sedikit sebanyak dapat
menceriakan lagi majlis berkenaan. Dek kerana hari Ahad adalah hari orang
bekerja dan bersekolah di Johor, sesi pagi Ais Krim Magic banyak diceriakan dgn
permintaan golongan warga otai. Sangat mengujakan dgn sambutan otai-otai disana
sehinggakan tak menang tangan kami dibuatnya. Apalagi dah masuk tengahari
apabila budak2 dah balik sekolah berserta warga kerja yg hadir utk makan
tengahari, sekali jalan 4 tong Ais Krim Magic ' CLEAR'. Haa Ambik kau...Itu yg
tak sempat nak minum tu, nak buat isian semula sehinggalah majlis dah selesai
baru lah berhenti. Ais batu pun 10 beg juga lah langsai.
Sampai ke hari ini 29/01/2014 Rabu masih terasa lagi
penatnya sebab tak cuti lagi sebab ari Isnin, Selasa dan ari ni Rabu tetap
meneruskan perniagaan di pasar malam pula. Walaupun penat kat rumah kenduri pun
tak habis lagi, perjuangan hidup mesti diteruskan tambahan pula cuaca tgh
cantik ni, bila lagi nak cari rezeki HALAL dan rasanya masih terdaya lagi.
Apa-apa pun TAHNIAH kpd Pengantin En. Faiz & Cik Azurah
semoga berpanjangan jodohnya dan dimurahkan lagi rezeki kalian kerana sudi
menjemput Man Ais Krim Magic ke majlis kalian sekeluarga. Semoga kalian berpuas
hati dgn perkhidmatan yg kami berikan. Kehadiran kami diharapkan dapat
menceriakan lagi majlis perkahwinan kalian berdua serta keluarga. Jutaan ampun
& maaf kiranya ada yg tersalah dari pihak kami. Sampai jumpa lagi di lain
waktu Assalamualaikum.
|
Stok air utk penyediaan Aiskrim | | | |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Stok air utk penyediaan Aiskrim |
|
4 Unit Tong Ais Krim Magic yg dibawa |
|
Perjalanan dari Tol Senawang ke Plaza Tol Bukit Gambir yg baru dibuka pd 25/01/2014 sgt memudahkan perjalanan kami. |
|
Perjalanan dari Tol Senawang ke Plaza Tol Bukit Gambir yg baru dibuka pd 25/01/2014 sgt memudahkan perjalanan kami. |
|
Sambutan yg diterima kami amat menggalakkan dari pelbagai golongan masyarakat |
|
Sambutan yg diterima kami amat menggalakkan dari pelbagai golongan masyarakat |
|
Banner Pengantin menghiasi khemah jamuan |
|
Anak muda yg turut sama merasai Ais Krim Magic |
|
Penyambut tetamu tuan rumah setia menanti |
|
Sambutan yg diterima kami amat menggalakkan dari pelbagai golongan masyarakat |
| |
Pembuatan Ais Krim Magic tanpa henti semenjak tiba di majlis berkenaan yg berlangsung sangat meriah.
|
|
Pembuatan Ais Krim Magic tanpa henti semenjak |
|
|
| tiba di majlis berkenaan yg berlangsung sangat meriah. |
|
Pengakhiran majlis |
No comments:
Post a Comment