Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Seminggu yg lepas saya telah menyiapkan catatan baru di blog ini berserta gambar tp tak sangka pula kerja yg disiapkan sehari suntuk telah ter 'delete' gara-gara tersilap tekan button plak, punya lah frust dah la masa tu dah berhari tak niaga kerana hujan tak berhenti sebelah petangnya. Al maklumlah junior dlm IT ni dan tak ada sifu plak tu, itu yg terkial2 dan ambil masa lama utk download gambar pun.
Negara masih dikejutkan dgn kehilangan pesawat MAS MH370 yg telah lebih sebulan dalam merungkai misteri kehilangannya. Semoga semua penumpang dan krew beroleh kesejahteraan dan didoakan yg terbaik utk mereka dan seluruh ahli keluarganya. Usaha berterusan Malaysia dlm merungkai kehilangannya amat terpuji dan bertanggungjawab. Doakan terbaik dan diberi petunjuk supaya dapat menemui semula MH370 bersama seluruh penumpang dan krew. AMINNNNN
Aiskrim Magic masih berniaga seperti biasa di pasar malam berdekatan dan sedikit perkembangan aktiviti yg dilakukan beberapa hari/minggu yg lalu antaranya menyaksikan aktiviti memancing di Taman Tasik Seremban, melihat acara kawad latihan tentera atau passing out Nuzul (anak buah) tamat latihan tentera di kem P.Dickson, menguruskan permohonan bantuan anak OKU di JKM yg perlu diperbaharui, menyaksikan latihan anak sulung dlm akademi bolasepak TMS Oldboys di kompleks belia paroi, survey brg apam balik dan mempraktikkan perniagaan baharu iaitu apam balik.
Perniagaan apam balik juga menguntungkan sebagaimana Aiskrim Magic cuma pendapatannya lebih sedikit kerana faktor harganya lebih sedikit drpd harga Aiskrim Magic. Kedua-duanya mendatangkan hasil cuma bergantung pada faktor cuaca juga dan kuasa beli penggemarnya. Apa-apa pun rezeki yg dicari masih halal.Arwah ayah juga pernah menyara keluarga kami dgn berniaga apam balik dan pelbagai lagi suatu masa lalu. waktu itu saya masih kecil lagi sekitar tahun 70 an dan kuali yg pernah digunakan arwah juga masih saya simpan hingga kini sbg kenangan tp cuma tinggal satu je (lupa lak nak ambil gambar).
Atas faktor cuaca sekarang perniagaan lain juga masih diteruskan seperti Burger sempoiii & Roti John Power, Air Balang, Aiskrim Magic dll.
Aiskrim Magic akan berada di Klang, Selangor dan Chengkau, N.Sembilan pd 01/06/2014 ini atas jemputan majlis perkahwinan. Tempahan tersebut telah diconfirmkan bersama cuma menanti harinya sahaja. Man Aiskrim Magic akan menghantar rakan niaga kami (Amir Aiskrim Magic) ke majlis di Chengkau nanti bagi memenuhi permintaan pelanggan kami. Ada juga tempahan lain yg masih belum diconfirmkan oleh tuan punya majlis di Seremban pd bulan apr ini, Johor pd bulan Mei dan Rembau pd bulan June. Selagi Admin belum mendapat pengesahan tempahan drpd majlis yg tersebut kami sedia menerima tempahan lain berdasarkan siapa cepat diutamakan dan kekosongan yg ada.
Semalam rakan niaga Aiskrim Magic telah mendapat org baru (baby girl) dlm keluarga beliau. Tahniah kpd Nan Aiskrim Magic @ Balakong (3 Boys + 1 Girl).
Sekian wasssalam.
sewaktu membeli tali gitar anak |
kedai muzik di Seremban |
bantuan dr JKM |
borang permohonan baru |
ATM passing out |
ATM passing out Nuzul |
bergaya dgn uniform |
kem p.dickson |
pertandingan memancing seremban |
pertandingan memancing seremban |
pertandingan memancing seremban |
van ford yg dirisik tp tuannya tk nak jual |
van ford yg dirisik tp tuannya tk nak jual |
pendaftaran & latihan anak ke akademi bola |
Akademi bola TMS Oldboys training |
anak buah, cucu & mertuanya |
kuali apam balik yg disurvey |
kuali apam balik yg disurvey |
kuali apam balik besar by mr.choong |
peralatan niaga apam balik |
peralatan niaga apam balik |
pasar malam s2 |
apam balik kitaorang @ pasar malam |
aiskrim magic tetap diteruskan |
tokey apam balik @ pasar malam rembau |
pusat kecantikan anak buah @ mydin s2 |
No comments:
Post a Comment