Tuesday, 13 May 2014

ANAK SYURGA KU

Assalamualaikum

Salam sejahtera utk semua

Aiskrim Magic tinggal beberapa hari sahaja lagi utk menyiapkan tugasan pada 1/6/14 ini yg bertempat di Chengkau dan Klang. Bagaimanapun Aiskrim Magic menghadapi sedikit masalah berikutan salah seorang Rakan Niaga Aiskrim Magic kami membatalkan tugasannya utk menyiapkan tugasan di Chengkau beberapa hari yg lalu atas alasan keluarga. Manakala tuan punya majlis mengharapkan pihak Aiskrim Magic dapat hadir utk memeriahkan majlis perkahwinan ahli keluarga mereka sedangkan Admin ada tugasan sama di Klang yg melibatkan majlis perkahwinan juga yg telah ditempah lebih awal. Kebetulan Rakan Niaga yg lain juga ada tugasan yg tak dapat dielakkan. Dengan itu Aiskrim Magic mencari alternatif lain dengan mencari Rakan Niaga baru utk 'Join' admin. Alhamdulillah admin berjaya mendapat Rakan Niaga baru yg sudi membantu dlm menyiapkan tugasan yg tersebut walaupun tidak pernah menerima sebarang tempahan sebelum ini walaupun hanya berniaga dipersekitaran sekolah sahaja. Walaupun tidak mempunyai pengalaman dan kelengkapan sepenuhnya, admin telah memberi tunjuk ajar dan menyediakan peralatan Aiskrim Magic secukupnya agar Rakan Niaga 'baru' ini akan mendapat menafaatnya dan bersedia dlm menerima tempahan akan datang. Alhamdulillah seluruh keluarga 'Rakan Niaga' baru ini begitu teruja dan tidak sabar utk merasai pengalaman menyiapkan tugasan di Chengkau nanti. Kebanyakan ahli keluarga 'Rakan Niaga' baru ini dgn rela hati akan membantu keluarga mereka dan bersama-sama ingin merasai pengalaman baru ini.Admin di fahamkan antara 4-6 orang yg sudi membantu walaupun sebelum ini ada yg tak pernah langsung menyentuh tong Aiskrim Magic walaupun ketika 'Rakan Niaga' baru ini berniaga dihadapan sekolah. 

Semangat kekeluargaan dan keterujaan mereka amat dipuji dlm memberi sokongan kpd ahli keluarga mereka utk menerima tawaran drpd Admin utk berkongsi rezeki dgn mana-mana rakan niaga Aiskrim Magic kami. Admin harapkan tiada masalah berbangkit selepas majlis tersebut selesai nanti dan Admin percaya mereka boleh selesaikan tugasan yg diberikan berdasarkan semangat kekeluargaan yg terserlah semasa kunjungan Admin ke rumah mereka utk berkongsi rezeki Aiskrim Magic kami.

Alhamdulillah settle masalah tempahan dan akan diceritakan dlm 'post' yg akan datang pula sedangkan beberapa hari yg lalu Admin sibuk dgn perniagaan dan menghantar anak ke hospital utk rawatan susulan di klinik pediatrik HTJ Seremban yg mengidap Celebral Palsy (Lumpuh Otak) yg kini berumur 10 tahun. Beratnya pula apabila ditimbang di kilinik tersebut ialah 22.5 kg. Buat masa sekarang Admin masih menghantar anak tersebut utk menerima rawatan susulan daripada Doktor berdasarkan appointment yg diberikan pihak Hospital. Sampaikan sekuriti Hospital pun dah kenal dan sering mencari ruang utk parking kenderaan. Ye lah mana taknya sekejap klinik mata, sekejap klinik gigi, sekejap klinik rehab, sekejap klinik pediatrik, sekejap fisio dan macam-macam lagi itu tak masuk utk ambil ubat setiap 2 minggu sekali. Anak Admin bergantung sepenuhnya dgn ibunya kerana dia masih terlantar dan tidak dapat melakukan apa-apa sebagaimana anak-anak sebayanya. Seringkali, apabila isteri admin membantu dlm perniagaan, anak ini dihantar ke rumah kakak ipar yg sudi membantu dan tinggal berhampiran dgn admin.
Alhamdulillah kami ada Ahli Syurga dan akan genap 10 Tahun pd 28/5/2014 ini.
Amin.

Azira Natasya dgn seragam PDK

kurang sihat

perlu didukung ibu perkasa

perlu disuap utk makan

keletihan ketika di Hospital

selepas berjumpa Doktor

Tetap senget ke kiri walau dibetulkan

Appointment Pediatrik

Segar selepas tidur

Tetap senget ke kiri walau dibetulkan

No comments:

Post a Comment