Assalamualaikum
Perniagaan Ais Krim Magic telah menambah menu perniagaan kepada Apam Balik pula atas faktor cuaca hujan yg berterusan sebagai alternatif tambahan. Perniagaan ini baru bermula 2 bulan yg lalu sebagai tambahan menu selain Burger & Roti John, Air Balang dll. Apam Balik ini dimulakan apabila faktor cuaca diambil kira setelah perubahan angin monsun melanda negara yg menyebabkan hujan berterusan setelah dilanda kemarau beberapa bulan yg lalu. Dek kerana hujan yg berterusan pada sebelah siangnya maka perniagaan ais krim magic sedikit terjejas. Sebenarnya arwah ayah dulu pun pernah berniaga Apam Balik sekitar tahun 70 an dan kuali 'warisan ayahnda' juga masih saya simpan hingga kini sbg kenangan tp tinggal sebiji je.
Walaubagaimanapun perniagaan Ais Krim Magic masih diteruskan dibeberapa tempat spt di area Seremban, Chembong, Rembau & P.D manakala tempat2 lain dijalankan perniagaan Apam Balik, Burger & Roti John pula.
Ais Krim Magic telah mendapat tempahan pd 01/06/14 ini di Kg.Penajis, Chengkau dan Bandar Putera Klang, Selangor utk majlis perkahwinan. Inshaallah pihak kami akan sampai ke majlis berkenaan apabila tiba waktunya nanti.
Kami juga turut menerima tempahan selain Ais Krim Magic utk Apam Balik warisan ayahnda, Burger & Roti John Power, Air balang, cendol & rojak, kuih-muih dll utk majlis anda bagi sesi makanan.
Kami juga sedia menerima tempahan utk membekal pakaian bawah Rm 10.00 utk perniagaan anda spt seluar tidur, T-shirt & pakaian kanak2 utk barangan kering.
Dibawah adalah beberapa gambar utk penyediaan 'Apam Balik Warisan Ayahanda' Buat masa sekarang kami cuma menjual Apam Balik tebal dan akan turut menjual Apam Balik Nipis/Garing apabila dah cukup modal nanti. Inshaallah.
|
proses goreng kacang |
|
proses buang kulit kacang |
|
proses pembungkusan |
|
sapu sampah kulit kacang |
|
proses blender kacang |
|
pembungkusan kacang yg siap blend |
|
proses bancuhan tepung apam balik |
|
dapur baru tu |
|
peralatan yg telah siap ditempah |
|
barangan sumbangan noor rojak & cendol sedap sg. buloh sbg memantapkan modal |
|
barangan sumbangan noor rojak & cendol sedap sg. buloh sbg memantapkan modal |
|
kuali warisan ayahnda tahun 70 an |
|
Apam Balik yg sedia dijual |